PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 NOTICE |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Terima kasih atas sokongan setia anda sebagai pelanggan SDS. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Memandangkan pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi menjamin penggunaan data peribadi anda, sebagai pelanggan kami anda berhak untuk mengetahui tujuan kami mengumpul dan mengendalikan data yang anda bekalkan; bagaimana kami mengendalikan data, kepada siapa kami umumkan data peribadi anda, dan bagaimana anda boleh mengakses, membetulkan atau membuat aduan terhadap data peribadi anda Privacy of Personal Data 1. SDS menghormati privasi individu-individu terhadap data peribadi dan komited untuk melindungi privasi ahli-ahli kami. Notice privasi ini adalah berasaskan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, di mana menghuraikan bagaimana data peribadi anda dikumpul, dikendalikan and pilihan anda berkaitan dengan data peribadi anda. Fakta-fakta berikut menjelaskan amalan kami dalam pengumpulan dan penzahiran maklumat.
Data peribadi anda akan disimpan dengan selamat dalam salinan keras di pejabat kami dan/atau dalam server kami yang terletak di dalam Malaysia, sama ada dikendalikan oleh kami atau pembekal perkhidmatan kami. Kami akan berusaha untuk memastikan kesemua data peribadi yang dibekalkan kepada kami supaya dilindungi dan disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan. Sebarang data peribadi yang didedahkan kepada kami akan dikekalkan oleh organisasi kami selama data peribadi tersebut diperlukan untuk tujuan yang tersebut di para 1.1 di atas dan/atau diwajibkan oleh undang-undang.
Kami berhak untuk meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu kepada anda. Sila merujuk maklumat terkini di laman web kami www.sdsgroups.com
SDS bertujuan menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk tujuan transaksi komersil yang sah dengan kebenaran anda dan memberitahu anda promosi dan berita kami yang terkini, dan obligasi anda untuk mendedahkan data peribadi kepada kami adalah secara rela dan tidak diwajibkan.. Kami hanya menyimpan data peribadi selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang ditentukan semasa kami mengumpul data peribadi tersebut. Kami mengekalkan data peribadi berdasarkan garis panduan, prosedur dan prinsip dalaman kami dan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data peribadi anda telah didedahkan kepada Jabatan Dalaman kami, seperti jabatan pemprosesan data, perkhidmatan pelanggan dan pemasaran; pengendali sistem, rakan pemasaran bersama bagi program pemasaran tertentu anjuran syarikat kami. Kesemua jabatan-jabatan, pengedali sistem dan rakan pemasaran bersama akan mengendalikan maklumat peribadi anda sebagai sulit, selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan akan memproses maklumat peribadi tersebut hanya untuk tujuan yang sepatutnya, sebagaimana anda telah bersetuju. Dengan mematuhi PDPA, data peribadi anda dalam pangkalan data kami akan dilindungi dan tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis anda.
5. Akses, Pembetulan dan Aduan Jika anda ingin membuat pertanyaan, meminta akses atau pembetulan atas data peribadi anda, atau membuat aduan, anda boleh membuat sedemikian dengan menghubungi kami di enquiry@sdsgroups.com |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kami akan terus memberi keutamaan untuk melayan anda dengan usaha sedaya upaya. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|